YAROMAZIRA BINTI YAJID

YAROMAZIRA BINTI YAJID
No. Matriks :D20102042426

Friday, 9 December 2011

KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI


Format Karangan 

1.  Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda 

      sebagai sesuatu  benda secara terperinci. 

2.  Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir. 

3.  boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana 

4.  Aturan membina karangan
• tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus 

• perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan

   - bertukar milik
• proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat 
• perasaan - sedih atau gembira
 

5.  boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia. 

6.  paparkan nilai-nilai murni  




Rangka Karangan  
Pengenalan   
berasal dari Jepun- dibuat di sebuah kilang besi waja
terdiri daripada besi waja, getah dan plastik   

Perenggan ke-2   
disebut basikal - dipamerkan - berasa sungguh gembira

Perenggan ke-3   
-menaiki sebuah kapal dagang- berasa sungguh bangga

Perenggan ke-4  
-nasib malang-kapal karam  dijumpai oleh penyelam - dijual sebagai besi buruk

Penutup  
-menjadi bahan terbuang  -kesal kerana tidak dapat berbakti

Contoh Karangan
          Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik. Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal.
          Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
          Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia.
           Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga. 

           Nasib kami sungguh malang apabila kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas.
           Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu
badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku
ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
          Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang
sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

No comments:

Post a Comment